Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA gembira puasa BERJAYA MENCAPAI 103 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH MUSLIM

71  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1122.
Dari 'Aisyah, Ummul Mukminin r.a., katanya: "Pada suatu hari Nabi saw. masuk ke rumahku, lalu dia bertanya: Adakah engkau sedia makanan?" Jawab ku, "Tidak!" Sabda beliau, "Kebetulan aku puasa." Kemudian pada hari yang lain beliau datang pula, lalu ku katakan kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Kita diberi orang kuih hais." Sabda beliau, "Bawalah kemari. Sesungguhnya dari pagi aku puasa." Lalu dimakannya kuih itu."

72  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1131.
Dari Abu Qatadah Al Anshari r.a., katanya Rasulullah saw. ditanya orang tentang puasa hari Arafah. Jawab beliau. "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang." Kemudian beliau ditanya pula tentang puasa hari 'Asyura. Jawab beliau, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu."

73  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1126.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. tidak pernah puasa sunat tiap bulan dalam setahun, lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya'aban. Beliau bersabda, "Beramallah kamu sesuai dengan kemampuanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah bosan (memberi pahala) sehingga kamu sendiri yang bosan beramal. Sedangkan amal yang paling disukai Allah ialah amal yang dilakukan secara tetap walaupun sedikit."

74  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0984.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Siapa yang bersedekah haiwan ternak dengan berpasangan (jantan betina) untuk membela agama Allah (fisabilillah), maka dia akan dipanggil kelak dalam syurga: "Hai, hamba Allah! Inilah pahala kebajikan mu! Siapa yang rajin solat, dia akan dipanggil dari pintu solat; dan siapa yang ikut berjuang menegakkan agama Allah, dia akan dipanggil dari pintu jihad; dan siapa yang rajin bersedekah, dia akan dipanggil dari pintu sedekah; dan siapa yang rajin puasa, dia akan dipanggil dari pintu puasa." Lalu bertanya Abu Bakar Siddiq, "Ya, Rasulullah! Adakah orang yang dipanggil dari semua pintu itu sekaligus?" Jawab Rasulullah saw., "Ya, ada! Aku berharap semoga anda termasuk salah seorang daripada mereka."

75  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1110.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah kamu puasa pada hari Jumaat, kecuali jika kamu puasa sebelum dan sesudahnya."

76  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1169.
Dari Ka'ab bin 'Ujrah r.a., katanya: "Pada suatu waktu ketika dia sedang ihram, Rasulullah saw. berdiri di dekatnya, sedangkan kutu berjatuhan dari kepalanya." Rasulullah saw. bertanya, "Apakah kutumu itu tidak mengganggumu?" Jawab ku, "Benar! Ya, Rasulullah!" Sabda beliau, "Cukurlah rambutmu!" Kata Ka'ab, "Ketika itu turunlah ayat: Jika ada di antara kamu yang sakit, atau mendapat gangguan di kepalanya (lalu ia bercukur), maka wajiblah ia membayar denda, iaitu berpuasa atau bersedekah atau berkorban " (Al: Baqarah: 136). Maka bersabda Rasulullah saw. kepada ku, "Puasalah kamu tiga hari, atau bersedekah satu faraq (tiga sha' atau lebih kurang 10 liter), bagi-bagikan kepada enam orang miskin, atau menyembelih haiwan. Kerjakanlah mana yang mudah bagimu."

77  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1837.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Ditanyakan orang kepada Nabi saw., amal apakah yang sebanding dengan jihad fi sabilillah?" Jawab Nabi saw., "Engkau tidak akan sanggup mengamalkannya!" Orang itu bertanya kembali sampai dua atau tiga kali, namun Nabi saw. tetap menjawab seperti itu. Terakhir beliau menjawab, "Perbandingan seorang mujahid fi sabilillah (pejuang yang menegakkan agama Allah) sebanding dengan orang yang puasa, mendirikan solat, patuh menjalankan ayat-ayat Allah, tidak berhenti puasa dan solat, sampai si mujahid pulang dari medan perjuangan."

78  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1044.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila kamu telah melihat bulan (terbit), maka puasalah, dan bila kamu telah melihatnya (terbit kembali), maka berbukalah. Jika bulan itu tertutup dari pandanganmu, maka puasalah tiga puluh hari."

79  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1070.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Nabi saw. melarang mereka puasa wishal, adalah rahmat bagi mereka. Mereka berkata kepada Rasulullah saw., "Bukankah anda sendiri melakukan puasa wishal?" Jawab Nabi saw., "Aku tidak seperti kamu. Aku diberi makan dan minum oleh Tuhan ku."

80  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1068.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah kamu puasa secara wishal!" Jawab para sahabat, "Bukankah anda sendiri melakukan puasa wishal?" Jawab Rasulullah saw., "Kamu tidak akan sanggup melakukannya seperti aku. Bila hari telah malam, aku diberi makan dan minum oleh Tuhan ku. Kerana itu beramal-ibadatlah sesuai dengan kemampuanmu."